Monday, May 18, 2009

Kenapa Mesti Ada Rasa Irihati Antara Kita

Help from loved ones may be hard to come by on the weight-loss journey.


Berat badan dah berkurangan, rasa bentuk badan pun dah mula ok (dah tak menonjol sangat bahagian yang ada love-handle dan kita rasa cukup berpuashati dan looking forward to hari-hari akan datang. Pada dasarnya masih ada lagi berat badan yang perlu dikurangkan, tetapi kita di haluan yang betul dengan ubatan dan supplemen bantuan, cara permakanan yang sihat dan pelan senaman yang boleh diterima akal atau diterima pakai oleh badan kita. Kita apa lagi dah tak sabar tak menayang bentuk badan yang baru ini di famili gathering pada hujung minggu ini. Akan tetapi bila sampai je ke destinasi.... tup tup, bukan ucapan tahniah yang diucapi atas semua kerja keras yang kita buat malah yang lebih menyakitkan hati bila ada di kalangan sedara rapat ini dok suruh kita cuba try semua lauk-pauk yang dibawa bersama (shoving food to my face ... nasi lemak, mee hoon goreng, nugget, varieties of sandwiches and lots more - nak giler rasanya) dan mula duduk tak buat ape-ape; ajak berborak lak (tahulaaaa, dah lama tak jumpa). Hati terdetik .... ape ni duduk je, meh la buat aktiviti yang menyihatkan sambil berendam kat tepi laut, main tarik tali, volleyball ke or yang paling horror - jalan sepanjang pantai (dari satu hujung ke satu hujung sambil kutip sea shells ke). Yang paling best lak, kita masih termangu-mangu tak faham kenapa they all tak support kita on our weight loss.


Kata satu Professor kat States, memang malang sekali kerana perangai macam yang tersebut di atas akan menentukan kejayaan atau kegagalan diet kita ini kerana sokongan sebegeni boleh mensasarkan kita jauh dari asal yang sebenarnya. Susah sebenarnya nak dapat full bantuan dari famili atau rakan "...... oleh kerana sebarang pertukaran habit atau kelakuan ada memberi impak yang kuat ke atas kejayaan seseorang itu".


Ada banyak alasan kenapa famili kita tidak merasai sama kejayaan kita dalam usaha menurunkan berat badan. Mereka mungkin tidak pasti apa yang kita impikan (tak sama wavelength jadi tak sama la impian kita). Kadangkala kita mesti voice-out (apa yang kita citakan atau impikan) agar famili dan rakan dapat memberi sikap yang lebih proaktif dan akan menginjak sama ke arah pasukan kita (kira senang kata - same team). If ini tidak berjalan seperti yang diidamkan, tanamkan sikap "Jangan Tunggu Reaksi Daripada Keluarga dan Rakan2 samada mereka yang support atau sokongan tambahan. Terus Beritahu Mereka Yang Anda Ingin Sokongan Moral and Praktikal : Jadi dengan ini, senang bila ada family gathering - they all tahu yang u still on the attempt to lose weight and would be more considerate.

Kadang-kadang (sebagai contoh) kita semua teringin kan kata-kata pujian, sokongan dan be there when things are getting harder. Tapi janganlah jadi terlalu ekstrem, dan harap agar bila ade je party atau perjumpaan, nak suruh semua orang makan salad je, walhal party tu is a Bar-B-Que party. Let them have semua tu.... but harap that semua akan memberi bantuan dalam menjauhikan tempting food from parading in front of us.

Jika ada yang tidak memberi sokongan atau mendaftar ke pihak anda, terima dan teruskan perjalanan kita. Said the Professor, "We can't make people do something they don't want to do," . Jadi cari kat tempat lain. Jemput friends, families yang sekepala dalam memberi sokongan padu ke arah kita menurunkan berat badan ini. Timbulkan rasa bangga atas semua hardwork yang u dah buat setakat ini and determine to continue succeeding no matter what your family says and does.


"Akhir kata, jika seseorang itu akan menyusahkan perjalanan diet kita, It is not our problem!! Good Luck and keep me updated.





This blog act as a Retail Counter for those interested in purchasing the products, you call me at 012-9739941 or email me at chiah.olynn@gmail.com for orders, payment and delivery method. Delivery is available for orders above RM100 within Klang Valley.

No comments:

Post a Comment